Utama > Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Al-Amin

12-Dec-2018

Syarat Kemasukan Sekolah Menengah Al-Amin


 

A. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DARI SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN BANGI DAN SEKOLAH RANGKAIAN

Tiada masalah disiplin dah masalah sahsiah yang besar
Mendapat sokongan dari pihak sekolah rendah


B. KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU DARI SEKOLAH KEBANGSAAN

Mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam PPSR
Mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam PSRA
Hanya sekiranya memenuhi syarat 1 dan 2 di atas barulah layak untuk menduduki ujian kelayakan
Lulus ujian kelayakan.


C. KEMASUKAN KE TINGKATAN LAIN

Mendapat sokongan dari sekolah lama.
Menilai rekod disiplin dan pencapaian akademik terakhir.
Menghubungi pihak sekolah lama bagi mengetahui sahsiah dan disiplinnya.
Menjalankan kerja kursus di sekolah lama dan mempunyai rekod kerja kursus berkenaan.
Mempunyai rekod kokurikulum .
Lulus ujian kelayakan dan temuduga ibubapa.


D.  KEMASUKAN KE TINGKATAN LAIN DARI SEKOLAH RANGKAIAN

Sama seperti di C kecuali no 6.


E. KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT (4)

Menduduki peperiksaan PT3(Syarat dari Sektor Pendidikan Swasta)
Berumur tidak kurang 16 tahun pada tahun kemasukan (Syarat dari Sektor Pendidikan Swasta)
Berumur tidak melebihi 18 tahun
Mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam PT3
Mengambil Bahasa Arab semasa PT3 dan lulus
Menilai rekod disiplin
Sekiranya memenuhi syarat 1 hingga 6 di atas barulah layak untuk menduduki ujian kelayakan.
Mendapat sokongan dari sekolah lama
Menghubungi pihak sekolah lama bagi mengetahui sahsiah dan disiplin
Mempunyai rekod kokurikulum.
Lulus ujian kelayakan.


F. PERKARA-PERKARA LAIN

Adalah tidak digalakan mengambil pelajar baru untuk tingkatan 3 dan 5 kecuali yang berpindah dari sekolah rangkaian dan kes-kes tertentu sahaja.Ini adalah untuk mengelakan dari menganggu pengurusan peperiksaan terutama markah kerja kursus dan pilihan mata pelajaran berlainan.Surat tawaran hanya akan dikeluarkan setelah syarat-syarat dipenuhi.


G. Pelajar Antarabangsa tidak diterima masuk ke Sekolah Sri Al-Amin kerana sekolah ini belum bertaraf Antarabangsa.