PERMOHONAN TAHUN 2 - 5 / 2018 Sek Rendah Sri Al-Amin Bangi

ARTIKEL TERKINI

Lihat Semua -
  • PERMOHONAN KEMASUKAN KE TAHUN 1/2019

    Pendaftaran bermula 2 April - 20 April 2018 sahaja. Borang online akan mula dibuka pada 2 April 2018 . Klik Borang Permohonan Online . Ibubapa / penjaga juga WAJIB mengisi borang permohonan dan borang soal selidik. Sila muat turun borang permohonan ( Borang Permohonan ) dan borang soal selidik ( Borang soal selidik )...
  • PERATURAN KESELAMATAN SRI AL-AMIN BANGI 2018

    Assalamualaikum semua ibubapa dan warga Sri Al-Amin Bangi .. Sukacita dimaklumkan pihak pengurusan Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah memutuskan beberapa perkaran berkaitan peraturan keselamatan sekolah untuk 2018. Sila semak lampiran sebagai panduan dan rujukan. Terima kasih atas kerjasama dan perhatian semua
  • WELCOME BACK TO THE SCHOOL!!!

    Sekitar suasana di Sekolah Sri Al-Amin Bangi pada pagi 2 Januari 2018. Murid-murid Sekolah Rendah tahap 1 dan tahap 2 bermula dengan perhimpunan di dataran baru dan pelajar Sekolah bermula dengan bacaan quran dan solat Dhuha di Musolla. Kelihatan ibubapa juga berkumpul untuk melihat gelagat anak2 diawal pagi hari...
  • PROGRAM-PROGRAM PENTING SEKOLAH RENDAH SRI ALAMIN BANGI

    Assalamualaikum.. Perhatian kepada semua ibubapa murid sekolah rendah, berikut adalah program -program penting sekolah rendah. 1. Hari orientasi tahun satu 2018 dan Taklimat ibubapa (29/12/2017 - Jumaat) *Taklimat ibubapa adalah untuk ibubapa baharu SAHAJA! 2. Gotong-royong Perdana (30/12/2017 - Sabtu) 3. Hari...
  • SENARAI BUKU SEKOLAH MENENGAH 2018

    Assalamualaikum ibubapa yang dirahmati Allah : Berikut ialah senarai buku untuk Sekolah Menengah sesi 2018. Sila klik LINK senarai berikut mengikut keperluan masing-masing. SENARAI BUKU TINGKATAN 1 SENARAI BUKU TINGKATAN 1 (TAHFIZ) SENARAI BUKU TINGKATAN 2 SENARAI BUKU TINGKATAN 3 SENARAI BUKU TINGKATAN 4 SENARAI...

MAKLUMAT & TARIKH PENTING

SEKOLAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA

__________________________________

SENARAI BUKU SEKOLAH RENDAH 2018

Yuran Sek Menengah 2018

Yuran Sek Rendah 2018

Yuran Tahfiz 2018

Kedai Sekolah dibuka :

Hari persekolahan : 8.00 pg - 4.45 petang

Hari CUTI SEKOLAH : 8.00 pg - 12.45 ptg

Umum 

SEKOLAH MENENGAH

20 Nov : Peperiksaan SPIS bermula

SEKOLAH RENDAH 

10-15 Dec : Perkhemahan Nasional PRINT

_____________________________________

Pautan Luar

sukarelawan1  capaian2 capaian1

Pengenalan

Sekolah Sri Al-Amin Bangi merupakan sebuah sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia terdiri dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.  Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan di Masjid Lama Serdang dan didaftar buat kali pertamanya dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – No Pendaftaran 033/8 pada tahun 1989.  Ia turut didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun yang sama.  

Berkesinambungan dari Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan pada tahun 1994.  Pada tahun 1997, Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah berpindah ke bangunan tetapnya di Kampung Sungai Tangkas, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Pendaftaran sekolah telah diterima secara rasminya oleh Kementerian Pelajaran Swasta pada Januari 2006 dengan No Pendaftaran B1C 4065 bagi Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dan B2C 4066 bagi Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.

Lembaga Pengelola Sri Al-Amin Bangi (LPSAAB) adalah institusi yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan dan operasi Sekolah Rendah dan Menengah Sri Al-Amin Bangi melalui daftar syarikat Sri Al-Amin Bangi Sdn. Bhd. (301705-P).

Sekolah Rendah dan Menengah Sri Al-Amin Bangi merupakan salah sebuah sekolah di bawah Rangkaian IKRAM Musleh iaitu sebuah organisasi yang menggabungkan semua sekolah-sekolah IKRAM satu Malaysia.
 
Sekolah Sri Al-Amin Bangi adalah bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Dearah Hulu Langat dan Daerah Kajang di peringkat daerah.
 
Sekolah ini mengamalkan sistem pendidikan berintegrasi.  Bahasa penghantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Falsafah & Nilai Bersama

FALSAFAH PENDIDIKAN SRI AL-AMIN BANGI

 
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

NILAI BERSAMA SRI AL-AMIN BANGI

 Qudwah Hasanah

Pelajar Sebagai Amanah

Kerjaya Sebagai Ibadah

Menuntut Ilmu Sebagai Jihad

Visi, Misi Dan Piagam Pelanggan

VISI

 Institusi Pendidikan Sri Al-Amin Bangi Meneraju Sistem Pendidikan Islam Bagi Melahirkan Insan Rabbani.

MISI

  • Memberi pendidikan yang seimbang, cemerlang dan berkualiti bagi menjana peningkatan keilmuan, kemahiran, keterampilan dan berdaya   saing tinggi.
  • Menggilap potensi kepimpinan pelajar yang cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum yang berkesan berlandaskan syariat Islam.
  • Mempertingkatkan tarbiyah dan sahsiah murid untuk melahirkan insan Rabbani.
  • Membangunkan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat.

PIAGAM PELANGGAN

Kami bertekad dan berazam insya-Allah akan:

  • Mendidik dengan penuh kesungguhan, ikhlas dan kasih sayang ke arah mencapai perkembangan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
  • Melahirkan generasi berkualiti yang sedia memberi khidmat kepada agama dan ummah.
  • Melaksanakan tugas dengan segera, proaktif, kreatif dan berhikmah.
  • Mewujudkan biah sekolah yang soleh, harmoni, bersih, kondusif dan selamat.
  • Menjalin kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa, alumni dan komuniti untuk perkongsian pendidikan bestari.
  • Bersedia menerima pandangan, kepakaran dan teguran yang positif demi kecemerlangan prestasi sekolah.

Ahli Lembaga Sekolah

cartalembaga2015

ARTIKEL LAIN

Jadual Permohona SM 2015

on 09 December 2014

Semak jadual permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi Semak disini JADUAL PERMOHONAN 2015 (images/JADUAL_PERMOHONAN__PENDAFTARAN_BARU_SMI.pdf)

MINGGU KE-57 PEMBANGUNAN

on 18 August 2017
MINGGU KE-57 PEMBANGUNAN

Bilik Mesyuarat Sekolah Rendah Kelas Makmal Sains Makmal Komputer Pusat Sumber BACK

Waktu Solat

TOP