Lagu Sekolah

Kami Pelajar Al-Amin Bangi

Pewaris Perjuangan Nabi

Al-Quran dan Sunnah Ikutan Kami

Mencari Redha Ilahi

Mari Aulad dan Banat

Belajar Dengan Tekun

Generasi Harapan Bangsa

Agama dan Negara

Tegaknya Agama Di Tanganmu

Mundurnya Agama Juga Di Tanganmu

Mari Kawan Semua

Tegakkan Keadilan

Tanggungjawab Sebagai Dai'e

Bimbing Umat Semua

Demi Kebenaran dan Keamanan

Demi Kemenangan Serta Kejayaan

Kami Pelajar Al-Amin Bangi

Pewaris Perjuangan Nabi.

cartalembaga2015

Visi, Misi Dan Piagam Pelanggan

VISI

 Institusi Pendidikan Sri Al-Amin Bangi Meneraju Sistem Pendidikan Islam Bagi Melahirkan Insan Rabbani.

MISI

  • Memberi pendidikan yang seimbang, cemerlang dan berkualiti bagi menjana peningkatan keilmuan, kemahiran, keterampilan dan berdaya   saing tinggi.
  • Menggilap potensi kepimpinan pelajar yang cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum yang berkesan berlandaskan syariat Islam.
  • Mempertingkatkan tarbiyah dan sahsiah murid untuk melahirkan insan Rabbani.
  • Membangunkan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat.

PIAGAM PELANGGAN

Kami bertekad dan berazam insya-Allah akan:

  • Mendidik dengan penuh kesungguhan, ikhlas dan kasih sayang ke arah mencapai perkembangan murid yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
  • Melahirkan generasi berkualiti yang sedia memberi khidmat kepada agama dan ummah.
  • Melaksanakan tugas dengan segera, proaktif, kreatif dan berhikmah.
  • Mewujudkan biah sekolah yang soleh, harmoni, bersih, kondusif dan selamat.
  • Menjalin kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa, alumni dan komuniti untuk perkongsian pendidikan bestari.
  • Bersedia menerima pandangan, kepakaran dan teguran yang positif demi kecemerlangan prestasi sekolah.

Falsafah & Nilai Bersama

FALSAFAH PENDIDIKAN SRI AL-AMIN BANGI

 
Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

NILAI BERSAMA SRI AL-AMIN BANGI

 Qudwah Hasanah

Pelajar Sebagai Amanah

Kerjaya Sebagai Ibadah

Menuntut Ilmu Sebagai Jihad

Pengenalan

Sekolah Sri Al-Amin Bangi merupakan sebuah sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia terdiri dari Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.  Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan di Masjid Lama Serdang dan didaftar buat kali pertamanya dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) – No Pendaftaran 033/8 pada tahun 1989.  Ia turut didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun yang sama.  

Berkesinambungan dari Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi telah ditubuhkan pada tahun 1994.  Pada tahun 1997, Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah berpindah ke bangunan tetapnya di Kampung Sungai Tangkas, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

Pendaftaran sekolah telah diterima secara rasminya oleh Kementerian Pelajaran Swasta pada Januari 2006 dengan No Pendaftaran B1C 4065 bagi Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi dan B2C 4066 bagi Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi.

Lembaga Pengelola Sri Al-Amin Bangi (LPSAAB) adalah institusi yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan dan operasi Sekolah Rendah dan Menengah Sri Al-Amin Bangi melalui daftar syarikat Sri Al-Amin Bangi Sdn. Bhd. (301705-P).

Sekolah Rendah dan Menengah Sri Al-Amin Bangi merupakan salah sebuah sekolah di bawah Rangkaian IKRAM Musleh iaitu sebuah organisasi yang menggabungkan semua sekolah-sekolah IKRAM satu Malaysia.
 
Sekolah Sri Al-Amin Bangi adalah bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Dearah Hulu Langat dan Daerah Kajang di peringkat daerah.
 
Sekolah ini mengamalkan sistem pendidikan berintegrasi.  Bahasa penghantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

TOP