Takwim Sekolah Rendah 2016

Cara Memohon Sekolah Rendah Al-Amin

  1. Permohonan untuk tahun 1 kebiasaannya akan dibuka pada 1hb April sehingga 30hb April setiap tahun (akan diumumkan jika terdapat perubahan)
  2. Permohonan kemasukan tahun 2-5 adalah bergantung kepada kekosongan semasa dan akan diumumkan jika dibuka kepada permohonan baru.
  3. Borang Permohonan boleh diperolehi di Pejabat Pengurusan Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi atau boleh dimuat turun di pautan berikut:
  4. Sila lampirkan perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam borang permohonan dengan lengkap.
  5. Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan ke pejabat sekolah rendah bersama bayaran pemprosesan sebanyak RM30.00
  6. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

Syarat Kemasukan Sekolah Rendah Al-Amin

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bagi permohonan tahun 1, hanya mereka yang berumur 7 tahun pada tahun kemasukan layak memohon.
  3. Kelayakan pembelajaran:

    Permohonan Tahun 1

    • Menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira (3M)
    •  Kenal huruf Jawi dan boleh membaca Jawi sekurang-kurangnya melibatkan ayat dua suku kata.
    •  Boleh membaca Iqra sekurang-kurangnya sehingga buku 3.

        Permohonan Tahun 2 hingga 6

    • Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ( 3M).
    • Boleh membaca Jawi
    • Mempunyai pengetahuan Bahasa Arab
    • Bagi permohonan Tahun 6, hanya mereka yang berada dalam pendidikan Rangkaian Sekolah Musleh dibenarkan memohon.
  4. Pemohon tidak menghidap masalah down syndrome, ADHD, ADD dan sebagainya.
  5. Kelayakan masuk juga bergantung kepada hasil temubual ibu bapa dengan pihak Lembaga Pengelola Sekolah.
TOP