Lawatan Kementarian Pendidikan Malaysia (SPM 2016)

lawatanspm3 

Pihak Sekolah Sri Al-Amin Bangi telah menerima lawatan pemantauan SPM 2016 oleh wakil dari Bahagian Pendidikan Swasta, KPM dan Jabatan Pendidikan Selangor pada 7hb November 2016 (Isnin) lepas. Setinggi penghargaan wakil Bahagian Pendidikan Swasta KPM, kepada En. Ahmad Lotfi Zubir (Timbalan Pengarah), En. Mohd Suffian Bin Mahmud dan Puan Nur Azrina Binti Mohd Radzi dan juga kepada wakil Jabatan Pendidikan Selangor, En Azhar Bin Dahlan dan En Mohd Ashaari Bin Bero.

Pihak sekolah dan pihak KPM juga mengadakan sesi perbincangan 2 hala berkaitan dengan peningkatan permohonan di Sekolah Sri Al-Amin Bangi dan pencapaian yang tinggi dalam kokurikulum dan kurikulum di Sekolah Sri Al-Amin Bangi dan sekolah rangkaian Musleh yang lain. Pihak KPM juga memanjangkan sesi lawatan dengan melawat Tadika Khalifah Bestari. 

Terima kasih kepada pihak KPM kerana memilih Sekolah Sri Al-Amin untuk sesi lawatan pemantauan SPM pada tahun ini. 

lawatanspm1

lawatanspm2

 lawatanspm7

SESI LAWATAN KE TADIKA KHALIFAH BESTARI

lawatanspm4

 lawatanspm8

lawatanspm9

 

KURSUS KEIBUBAPAAN SEK MEN (TINGKATAN 1/2017)

program keibubapaan SMI

Assalamualaikum...

Perhatian kepada semua ibubapa yang membuat permohonan ke tingkatan 1 pada sesi 2017. 

Semua ibubapa yang memohon kemasukan ke Sekolah Menengah dikehendaki hadir ke Program Keibubapaan yang dijadualkan pada 12 November 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan DK1, Uniten.

Semak : Blog Sek Menengah

Permohonan Kemasukan Tahun 1 2017 (Putra Mahkota)

Assalamualaikum.

Bagi ibubapa/penjaga yang ingin memohon kemasukan murid Tahun 1 Sesi 2017 di SRIAAB (Cawangan Putra Mahkota), boleh dapatkan borang di Pejabat Sekolah atau muat turun dokumen di bawah.

Hantarkan borang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke Pejabat Sekolah . Dokumen yang diperlukan ialah:

Tarikh tutup selagi kekosongan ada.

Salinan sijil kelahiran murid
Salinan MYKID murid
Salinan MYKAD ibubapa atau penjaga
Wang proses RM 10.00
2 keping gambar passport

Waktu urusan pejabat:

Isnin – Khamis (8.00pg – 1.00ptg & 2.00ptg – 5.00ptg)
Jumaat (8.00pg – 12.45ptg & 2.30ptg – 5.00ptg)

 

MUAT TURUN = BORANG PERMOHONAN TAHUN 1 2017

Gerak Gempur 2.9 SPM 2016

IMG-20161012-WA0025

 

Pada 10 Oktober hingga 12 Oktober 2016 telah diadakan Program Gerak Gempur 2.9 untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tahun ini. Program ini dianjurkan oleh Unit Akademik Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi bertujuan untuk memfokuskan latih tubi intensif berformat soalan-soalan peperiksaan Percubaan SPM dari beberapa negeri tahun ini. Program ini disertai oleh 68 orang pelajar tingkatan 5 ( 28 lelaki dan 40 perempuan) dan diiringi serta dibimbing oleh 9 orang guru.

 

Objektif program:

1. Memperkukuhkan persediaan menghadapi peperiksaan dalam keadaan yang lebih tenang dan ceria.
2. Memantapkan penguasaan kemahiran dan teknik menjawab secara berformat dengan lebih fokus.
3. Menggiatkan masa latih tubi bersama rakan/mentor dengn bimbingan guru.
4. Menerapkan 10 muwasaffat tarbiyah dalam tanggungjawab sebagai pelajar muslim.
 

Butiran program:

Tarikh:   10 - 12 Oktober 2016 (3 hari, 2 malam)

Masa:     8.30 pagi (10 Okt) - 2.00 petang (12 Okt)

Tempat:  Bagan Lalang Beach Resort, Jalan Pantai Bagan Lalang,43950 Sungai Pelek Sepang, Selangor

 

IMG-20161011-WA0011

                 IMG-20161011-WA0012

                                      IMG-20161011-WA0013

                                      IMG-20161011-WA0014

                          IMG-20161011-WA0015

IMG-20161011-WA0017

IMG-20161011-WA0019

                 IMG-20161012-WA0015

                                        IMG-20161012-WA0016

                                        IMG-20161012-WA0017

                           IMG-20161012-WA0026

IMG-20161012-WA0027

IMG-20161012-WA0028

                       IMG-20161012-WA0029

                                        IMG-20161012-WA0030   

                                        IMG-20161012-WA0031

IMG-20161012-WA0032

IMG-20161012-WA0033

IMG-20161012-WA0034

SENARAI YURAN 2017

jompay-white

 

 Assalamualaikum..

 

Perhatian kepada semua ibubapa dan warga Sekolah Sri Al-Amin Bangi. 

Senarai yuran untuk 2017 telah dikemaskini dan akan diedarkan kepada semua pelajar. 

Boleh juga merujuk kepada pautan berikut untuk membuat semakan terkini :

 

SENARAI YURAN SEKOLAH RENDAH 2017

SENARAI YURAN SEKOLAH MENENGAH 2017

SENARAI YURAN TAHFIZ 2017

TOP