SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 9hb Ogos 2014, Sekolah Rendah Sekolah Menengah Sri AL-Amin Bangi telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sekolah Rendah mengadakan sambutan di padang sekolah manakala sekolah menengah mengadakan di dalam kelas masing-masing. Pihak sekolah rendah juga mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis pelancaran bulan kemerdekaan pada hari tersebut.

PROGRAM KEIBUBAPAAN

Assalamualaikum....

Kepada semua ibubapa yang memohon kemasukan anak ke tahun 1 / 2015, Program Keibubapaan akan diadakan pada 23hb Ogos 2014 di Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh, UKM, Bangi.

Kehadiran ke program ini adalah merupakan salah satu syarat kemasukan anak ke tahun 1 pada tahun 2015.

PENDAFTARAN SEMULA TAHUN 2015

Assalamualaikum..

Semua Ibubapa lama yang mempunyai anak/anak-anak di Sekolah Sri Al-Amin Bangi dan ingin meneruskan persekolahan di sekolah ini pada tahun 2015 dikehendaki membuat PENDAFTARAN SEMULA :

1. SURAT dan BORANG PENDAFTARAN SEMULA telah diedarkan kepada pelajar pada 24.9.2014

2. Lengkapkan semua butiran yang diperlukan dan menghantar semula kepada pihak sekolah sebelum 7hb November 2014.

3. Sertakan bayaran PENDAHULUAN YURAN TAHUNAN sebanyak RM50.00 seorang.

4. Kegagalan menghantar borang akan dianggap tidak berminat untuk menghantar anak pada tahun 2015 dan pihak sekolah akan menawarkan tempat tersebut kepada murid dalam senarai menunggu.

KEMASUKAN TAHUN 1/2015

MAKLUMAN KEMASUKAN TAHUN 1/2015

Assalamualaikum...

1. Berikut dipaparkan senarai nama calon-calon murid yang berjaya bagi kemasukan Darjah 1 2015 bagi makluman pertama untuk anak-anak Ibubapa lama dan ibubapa baru Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi.
(Rujuk senarai nama K1-LAMA dan K1-BARU)

Makluman awal melalui sms telah dihantar kepada no telefon ibu/bapa yang telah ditetapkan. Surat tawaran bakal menyusul insyaAllah.

2. Dalam makluman ini juga disertakan pemohon yang tidak hadir sesi UJIAN KEMASUKAN & TEMUBUAL pada 12 Julai 2014 (Sabtu). Sehubungan dengan itu, permohonan kemasukan ini terpaksa ditolak.

(Rujuk senarai nama K3-TIDAK HADIR UJIAN)

3. Bagi pemohon yang tidak tertera dalam senarai ini, maklumat selanjut akan dimaklumkan kemudian sebelum atau pada tarikh 30 September (Selasa) ini.

KEMASUKAN TAHUN 1/2015- KUMP. KE 2

MAKLUMAN KEMASUKAN TAHUN 1/2015-KUMPULAN KE 2

Assalamualaikum...

Berikut adalah senarai calon yang telah berjaya bagi kemasukan Darjah 1/2015 untuk Kumpulan ke 2

TOP