https://my12.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_221_1582852409jpeg

KEJOHANAN BADMINTON MAHABBAH PIBG

PADA 23 FEBRUARI 2020 (AHAD) PIBG SRI AL-AMIN BANGI TELAH MENGANJURKAN PERTANDINGAN BADMINTON MAHABBAH. KEJOHANAN INI TERBUKA KEPADA SEMUA IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI. PERTANDINGAN INI DISERTAI OLEH 12 REGU LELAKI DAN 8 REGU WANITA TELAH DIADAKAN DI UPTOWN SPORT, SEKSYEN 10 BANDAR BARU BANGI BERMULA JAM 8.30 PAGI SEHINGGA 1 PETANG.

PENGANJURAN PERTANDINGAN ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN UKHUWWAH DIKALANGAN IBUBAPA DAN GURU SETERUSNYA MENINGKATKAN SEMANGAT KESUKANAN WARGA SRI AL-AMIN BANGI.

SEMOGA PENGANJURAN PROGRAM DAN AKTIVITI SEPERTI INI DAPAT DITERUSKAN PADA MASA AKAN DATANG UNTUK MEMANTAPKAN LAGI UKHUWWAH DIKALANGAN GURU DAN IBUBAPA SEKOLAH SRI AL-AMIN BANGI

LAGI
https://my12.awfatech.com/aabangi/content/news/newsf1_221_1581397799.JPG

MUKHAYYAM STAF SRI AL-AMIN BANGI

ASSALAMUALAIKUM 

PROGRAM TAHUNAN KHAS UNTUK SEMUA WARGA KERJA SRI AL-AMIN BANGI, MUKHAYYAM 2020 TELAH DIADAKAN PADA 7 - 9 FEBRUARI 2020. BERMULA MALAM JUMAAT DI SEKOLAH DAN BERTOLAK KE LEMBAH AZUWEN RESORT PADA PAGI SABTU. PROGRAM YANG BERTEMAKAN "MEMBANGUN MUSLIM PROFESIONAL" DISERTAI OLEH 120 ORANG STAF DAN GURU SRI AL-AMIN BANGI. TURUT HADIR KE PROGRAM MUKHAYYAM KALI INI IALAH PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH, DR JAILANI SALIHON. BELIAU TURUT MEMBERIKAN AMANAT DAN PESANAN KEPADA SEMUA STAF DAN GURU SRI AL-AMIN BANGI.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMUDAHKAN SEMUA WARGA KERJA SRI AL-AMIN BANGI DALAM MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIBERIKAN SEBAIK-BAIKNYA.